PERKAKASAN

Perkakasan Komputer
vPerkakasan komputer dikenali sebagai peranti (device).
vPerkakasan komputer adalah merupakan komponen fizikal sistem komputer
vKomponen-komponen utama sistem komputer :
§Sistem Unit
Papan Induk (Motherboard)
Unit Pemprosesan Pusat (CPU)
Komponen Ingatan (RAM dan ROM)
§Peranti input
§Peranti output
§Storan



Komponen Asas Komputer


Unit Sistem
vBahagian paling utama dalam sebuah komputer
vMenempatkan pelbagai komponen elektronik yang membolehkan sebuah komputer menjalankan fungsinya.
vAntara komponen yang terdapat di dalamnya ialah papan induk, Unit Pemprosesan Pusat (CPU), Ingatan (RAM) dan bekalan kuasa (power supply).

Komponen Unit Sistem

Komponen Unit Sistem

Mengenali Port Belakang Sistem Unit

Papan Induk (Motherboard)

vPapan induk berfungsi sebagai jantung sebuah komputer. Ia merupakan sebuah papan litar yang besar dan terletak di bahagian bawah casis setiap unit setiap komputer.
vIa diperbuat daripada kepingan kaca serat yang berwarna hijau dan di atasnya dipernuhi dengan cip, perintan, kapasitor dan juga papan elektronik.

vPapan induk merupakan tempat bergantung segala komponen bagi sebuah komputer.

Unit Pemprosesan Pusat (CPU)

vDikenali sebagai pusat atau otak
     sistem komputer
vMerupakan sebuah cip berbentuk
     segiempat bujur yang dipasang pada
     bahagian atas kanan papan induk
vAntara tugas utama :
§Memasukkan data dan program ke dalam sistem komputer
§Menyimpan arahan-arahan dan data-data yang digunakan untuk pemprosesan
§Melaksanakan arahan-arahan pemprosesan data
§Memindahkan hasil-hasil pemprosesan kepada bentuk yang difahami dan boleh digunakan oleh manusia ataupun komputer-komputer lain

Komponen dalam CPU
§UNIT KAWALAN
§UNIT ARITHMETIK / LOGIK


Kitaran Mesin
vUnit Kawalan akan mengambil (fetch) arahan atau data dari ingatan
vUnit Kawalan akan nyahkod/menterjemah (decode) arahan dan pindahkan data yang diperlukan dari ingatn ke unit artihmetik dan logik kepada bahasa mesin.
vUnit arithmetik dan logik akan melaksanakan (execute) arahan arithmetik dan logik.

vUnit arithmetik dan logik akan menyimpan (store) hasil pemprosesan ke dalam ingatan.

No comments:

Post a Comment