Wednesday, 29 October 2014

Penganalan Komputer

Komputer merupakan satu alat yang amat penting pada masa kini. Ia banyak digunakan untuk membantu manusia dalam melakukan tugas-tugas seharian. Ia mampu melaksanakan berjuta-juta arahan dalam masa yang singkat dan membantu mempercepatkan urusan yang berkaitan dengannya. Komputer secara dasarnya adalah suatu alat elektronik yang terdiri daripada komponen-komponen dan litar-litar elektronik serta peranti-peranti masukan dan keluaran yang mempunyai tugas-tugas tertentu di mana setiap perkakasan ini memerlukan antara satu sama lain untuk beroperasi. Ia boleh dikatakan satu mesin yang menyerupai manusia kerana ia mempunyai memori yang sama seperti daya ingatan manusia, mikropemproses yang sama seperti otak manusia, unit masukan yang sama seperti deria manusia dan unit keluaran yang sama seperti daya tindakan manusia. 
There was an error in this gadget